Pages

Ads 468x60px

Wednesday 21 November 2012

Peristiwa 31 Julai 1988



PERISTIWA 31 JULAI 1988
Pangkalan jeti di Butterworth, Pulau Pinang (Pangkalan Sultan Abdul Halim) telah runtuh pada 31 Julai 1988, Ahad, jam 4.40 petang. Runtuhan ini telah menyebabkan kematian seramai 32 orang manakala 1,674 orang lagi cedera.
Punca :
1.Dua perayaan serentak
Punca utama kejadian dipercayai adalah kerana berlakunya dua perayaan secara serentak di bahagian pulau. Perayaan yang pertama ialah Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown yang melibatkan kaum Cina dan yang kedua ialah sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam yang melibatkan mereka yang beragama Kristian. Bagi Pesta Dewi Kwan Yin, perarakan kereta berhias diadakan melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown pada malam Ahad, 31 Julai dan mereka yang beragama Buddha telah terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan hanya 60 tahun sekali dan dipercayai membawa tuah. Pelancong dari Singapura, Hong Kong, dan Taiwan turut hadir ketika itu.
Pesta besar-besaran juga telah diadakan di Bukit Mertajam bagi menyambut ulang tahun kelahiran Gereja St Anne. Bagi mereka yang beragama Kristian telah datang beramai-ramai untuk berdoa di gereja pada hari Ahad.
2.Jambatan dan jeti sesak
Jambatan Pulau Pinang yang baru dibuka pada tahun 1985 tidak dapat menampung kenderaan awam yang ingin ke seberang. Pangkalan Sultan Abdul Halim juga tidak dapat menampung bebanan seramai lebih kurang 10,000 penumpang pada ketika itu. Jeti pada ketika itu hanya menggunakan besi konkrit sebagai tiang dan papan tebal sebagai lantai. Pada jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal telah bengkok dan patah menyebabkan lantai-lantai papan, dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang di tingkat dua pangkalan menggelongsor ke bawah dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bahagian bawah pula habis remuk.



Mangsa :
Seramai 32 orang telah dilaporkan mati manakala 1,674 lagi cedera. Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan hospital-hospital lain. Pasukan bomba pula bertungkus-lumus mencari dan mengeluarkan mangsa. Runtuhan yang berlaku ini telah dibiarkan begitu sahaja buat seketika untuk siasatan dan rancangan pembesaran.

Kesan :
Selepas kejadian 31 Julai 1988 ini, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membuat satu kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Raja Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres bukan sahaja diturunkan di stesen bas Butterworth, malah juga di Sungai Dua dan Gelugor.
Perkhidmatan feri pula menjadi semakin tidak cekap dan lambat dan menyebabkan penduduk beralih menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Pangkalan Sultan Abdul Halim telah dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian.



Add caption














Sumber : Wikipedia, Khalic.com

1 comments:

  1. Merit Casino - Discover more of the best slots at
    Merit Casino, an established in 2015, is the first to introduce NetEnt's youtube to mp3 3D and 3D 메리트 카지노 online casino. It is 인카지노 a very trustworthy casino and one that

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text