Pages

Ads 468x60px

Thursday 22 November 2012

Kemudahan yang terdapat di Jeti




KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI JETI 
Terdapat beberapa kemudahan untuk orang ramai di kawasan jeti dan kawasan berhampirannya. Antaranya ialah;
1.Gerai :
Terdapat beberapa buah gerai yang dibuka di kawasan jeti yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Gerai-gerai ini dimiliki dari kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara barangan yang di jual di gerai-gerai ini termasuklah surat khabar, pelbagai jenis makanan dan minuman, majalah, dan barang-barang keperluan lain.
2. Kemudahan bagi OKU dan wanita mengandung
Kemudahan bagi mereka mereka yang kurang upaya dan wanita mengandung juga terdapat di kawasan jeti. Ini amat penting untuk menjaga keselamatan mereka yang memerlukan. 


3. Laluan landai dan laluan OKU:
Laluan landai adalah amat penting bagi mereka yang menggunakan bagasi beroda untuk menaiki feri dan juga bagi mereka yang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda. Laluan ini terdapat di sepanjang jalan masuk untuk ke terminal jeti. 

                              Laluan Landai                                   Laluan OKU

4. Terminal bas

Terminal bas terletak bersebelahan dengan kawasan jeti di Georgetown dan Butterworth. Terminal bas ini adalah amat penting bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam. Perkhidmatan bas yang terdapat di bahagian terminal Georgetown adalah bas Rapid Penang yang membawa penumpang ke kawasan-kawasan sekitar pulau mengikut nombor bas, manakala perkhidmatan bas di bahagian terminal Butterworth pula adalah bas-bas yang datang dari luar Pulau Pinang. 
 

1.Terminal bas di Georgetown                       2.Terminal bas di Butterworth
Gambar :
1. http://backpacking-trips-around-asia.blogspot.com/2010/06/ferry-ride-from-butterworth-railway.html
2. http://bekaskecil.blogspot.com/2010_07_01_archive.html 

5. KTM Butterworth
Terletak berdekatan dengan jeti Butterworth. Ini boleh memudahkan lagi pergerakan orang ramai yang menggunakan KTM sebagai pengangkutan utama mereka.
Gambar : http://backpacking-trips-around-asia.blogspot.com/2010/06/ferry-ride-from-butterworth-railway.html

1 comments:

  1. Lucky Club Casino Site ᐈ 24/7 Customer Support
    Lucky Club Casino site. The Lucky Club Casino is an online casino 카지노사이트luckclub where the player is welcome and that is why we have created an exciting gaming experience

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text