Kegunaan Jeti Georgetown
Jeti Georgetown terletak di
Pelabuhan Quay, George Town. Jeti ini menyediakan perkhidmatan feri sebagai
kemudahan pengangkutan yang kedua selepas jambatan Pulau Pinang. Perkhidmatan
feri di jeti ini disediakan bagi memudahkan perjalanan orang ramai dari tanah
besar untuk datang ke Pulau Pinang serta memberi peluang untuk mereka
menghayati pemandangan dan merasai angin di laut. Antara perkhidmatan yang terkenal di jeti ini ialah perkhidmatan pengangkutan feri. Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia yang menghubungkan terminal feri di Butterworth ke Jeti Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay, George Town. Setiap hari, perkhidmatan feri mengambil masa antara 2 hingga 30 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer.
![]() | ||
|
Di bawah gabungan kuasa Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bersama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), kapasiti
perkhidmatan feri juga diperbesarkan untuk menampung keperluan yang kian
meningkat. Feri ini boleh memuatkan
sejumlah besar bilangan penumpang pejalan kaki dan kenderaan seperti kereta dan
motosikal. Di terminal feri, tempat menunggu yang luas ada disediakan bagi
pengguna. Tempat menunggu bagi orang kurang upaya dan ibu mengandung serta
laluan pejalan kaki bagi orang kurang upaya juga disediakan. Terdapat beberapa
kemudahan yang telah disediakan di atas feri. Di antaranya ialah tempat duduk,
tandas dan juga gerai menjual makanan.
![]() |
Suasana di dalam feri |
![]() |
Swettenham Pier Cruise Terminal
|
penangport.gov.my
Jeti
Georgetown mempunyai perkampungan serupa
yang dikenali perkampungan jeti. Ia didiami mengikut kumpulan etnik
masing-masing. Terdapat kira-kira 20 jeti tradisional yang mendapat namanya
daripada nama keluarga generasi terawal di Georgetown, Pulau Pinang. Jeti ini
juga dijadikan tumpuan pelancong memandangkan keadaannya yang tidak banyak
berubah dan menyimpan banyak sejarah awal negeri Pulau Pinang dari aspek budaya
dan komuniti penghuninya. Hari ini, penduduk sekitar jeti semakin menerima
kunjungan pelancong luar kerana keunikan bangunan, cara hidup dan pengekalan
kebudayaannya. Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan jeti ini lagi
kerana nilainya yang cukup besar kepada sektor pelancongan negeri.
Jeti Chew
yang merupakan antara beberapa jeti tradisional yang menjadi tempat berlabuh
kapal-kapal dagang sekitar tahun 1900-an masih didiami waris generasi terawal
pada hari ini. Pada zaman itu, jeti tersebut menjadi tempat pendaratan imigran
Cina dari Tanah Besar China mengikut klan masing-masing yang datang mencari
kerja di Pulau Pinang. Bagaimanapun, Jeti Chew adalah yang paling dikenali
ramai. Penghuni di sini mempunyai beberapa sampan yang boleh digunakan untuk
tujuan persiaran.
Pembangunan
menyeluruh di jeti ini merangkumi semua kemudahan dan pusat tarikan pelancong
serta pembinaan hotel, restoran, pusat penjaja,
pusat kebudayaan/seni, kawasan membeli-belah bebas cukai, kawasan riadah
dan pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen yang terkini dan selesa. Reka bentuk pembangunan baru ini akan
mengekalkan ciri-ciri warisan di kawasan sekitar.
(http://fiq-life.blogspot.com/2009_04_12_archive.html) - FiQ OnLinE: 04/12/09
Gudang
yang sedia ada sedang diubah suai untuk dijadikan terminal penumpang
antarabangsa dan terminal penumpang domestik, masing-masing dengan kemudahan asas
yang baru bagi perkhidmatan imigresen dan kastam, ruang membeli-belah dan
makanan serta tempat naik-turun bagi kemudahan pengangkutan awam seperti bas,
teksi dan beca. Terdapat
juga kemudahan-kemudahan lain yang sedia ada di Jeti Georgetown seperti Pusat
Perniagaan Tukar Barang. Jeti ini berperanan sebagai terminal tukar barang
bersepadu dan menjadi hab pelancongan bertaraf antarabangsa. Aktiviti
perdagangan barter dapat membuka peluang kepada perniaga-perniaga kecil
mengeksport dan mengimport barangan mereka.
Perdagangan
barter juga membolehkan peniaga-peniaga kecil dari negara membangun menjual
barangan mereka tanpa menggunakan dokumen-dokumen yang rumit. Barangan kitar
semula dan barangan terguna juga boleh dipasarkan ke negara miskin. Selain itu,
aktiviti perdagangan barter juga
dijalankan dengan negara Myanmar dan Indonesia. Antara barangan yang
didagangkan ialah makanan seperti minyak masak dan biskut, pakaian terpakai,
barangan plastik, barangan logam, alat ganti, kotak dan peralatan enjin marin. Sebagai
pelabuhan serbaguna,
Pelabuhan Pulau Pinang juga merupakan sebuah
pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia
yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena,
kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pelabuhan_Pulau_Pinang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pelabuhan_Pulau_Pinang
Pertumbuhan kargo telah dicatatkan sebanyak 5.8% setahun antara tahun 1995 hingga 2009. Namun, prestasi pengendalian kargo pada tahun 2006 adalah memberangsangkan apabila dicatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 8.1%. Sebanyak 25,475,964 tan kargo dicatatkan dalam tahun 2006 berbanding 23,563,135 tan kargo pada tahun sebelumnya. Kesemua kargo ini dikendalikan melalui kemudahan pelabuhan. Kargo import meningkat 9.3% kepada 14,098,545 tan atau 55% daripada jumlah keseluruhan. Eksport bertambah 6.7% kepada 11,377,419 tan atau 45% daripada jumlah keseluruhan pengendalian kargo.
Dari segi jumlah pertanan, pengendalian kargo kontena telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13% kepada 15,662,167 tan berbanding 13,870,399 tan dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Dari segi TEUs (1 unit bersamaan dua puluh kaki), kargo kontena berjaya dikendalikan sebanyak 849,730 TEUs pada tahun 2005, iaitu peningkatan sebanyak 7%. Pelabuhan Pulau Pinang juga menunjukkan prestasi yang menggalakkan dengan mengendalikan 1.20 juta TEU berbanding 1.11 juta TEU, iaitu peningkatan 8.4 peratus pada 2011. Sebahagian besar peningkatan dalam sektor kontena adalah sumbangan perdagangan antara negara Asia dan dijana melalui peningkatan trafik tempatan dan trafik pindah kapal serantau. Perkhidmatan perkapalan baru yang memulakan operasinya di pelabuhan juga merupakan faktor penyumbang terhadap pertumbuhan pelabuhan.
Pengendalian
kargo pukal kering pada tahun 2006 mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4%
berbanding pada tahun sebelumnya. Sebanyak 4,039,870 tan telah dikendalikan
berbanding dengan 3,797,080 tan pada tahun 2005. Antara komodi utama dalam bentuk pukal kering
ialah jagung, gula mentah, besi skrap dan baja. Kargo pukal
cecair masih lagi menjadi kargo utama yang dikendalikan walaupun menunjukkan
sedikit penurunan berbanding angka yang dicatatkan pada tahun 2006.
Pada
tahun 2006, jeti ini telah mengendalikan
sebanyak 4,028,352 tan metrik berbanding 4,108,135 tan metric pada tahun 2005,
iaitu penurunan sebanyak 2%. Pengendalian kargo pukal cecair telah
menyumbangkan sebanyak 16% daripada jumlah keseluruhan pengendalian kargo
pelabuhan. Kargo pukal cerai yang merupakan 7% daripada jumlah
keseluruhan pengendalian kargo, menurun sebanyak 2.4% kepada 1,745,575 tan pada
tahun 2006. Penurunan sedemikian
disebabkan oleh penukaran corak pengangkutan kargo ke arah penggunaan kontena.
Pelabuhan
Pulau Pinang melengkapkan operasi dan perkhidmatan ferinya dengan pelbagai
perkhidmatan sampingan seperti pemaliman, tunda kapal, membaiki kapal di
limbungan, keselamatan dan kebombaan. Pemaliman ialah mandatori dan diperlukan
bagi kapal-kapal seberat 600 tan ke atas di dalam kawasan had pelabuhan. Ia
juga perlu bagi kapal-kapal dengan berat 200 tan ke atas untuk berlabuh/belayar
keluar dari jeti-jeti persendirian atau dermaga-dermaga di pelabuhan.
http://www.penangport.com.my/english/publications/AR2006/PPSBAR2006.pdf
0 comments:
Post a Comment