Pages

Ads 468x60px

Wednesday 21 November 2012

Sejarah Dan Latar Belakang




SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

          Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang telah dimulakan oleh Encik Quah Beng Kee; seorang pengusaha persendirian dan saudara-saudaranya pada tahun 1894. Walaubagaimanapun, reka bentuk feri pada zaman itu hanya merupakan sebuah lanci-lanci kecil atau motobot yang biasanya digunakan sebagai bot pengangkutan yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan. Lanci-lanci kecil ini juga hanya dapat mengangkut beberapa bilangan penumpang sahaja dan barang-barang yang dapat diangkut juga terhad kerana pada masa itu kenderaan bermotor masih belum ada. Manakala, perkhidmatan feri pada ketika itu hanya terdapat diantara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaftaran di Seberang Perai. Pengurusan dan penyeliaan feri telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) pada Disember 1924 dan pada tahun ini jugalah bermulanya perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor. Pada tahun berikutnya, Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth telah menjadi jeti khusus yang mengendalikan perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor. Pada waktu itu juga terdapat satu feri yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura bernama “Seberang” beroperasi untuk memuatkan pejalan kaki dan kenderaan bermotor.
                Perkidmatan feri ini telah mendapat sambutan daripada ramai penduduk khususnya penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang dan Butterworth. Disebabkan oleh permintaan para penduduk yang terlalu ramai, pihak LPPP terpaksa membesarkan jeti-jeti yang sedia ada dan menambahkan lagi bilangan feri yang lebih besar. Feri-feri ini beroperasi dalam anggaran setengah jam satu feri. Perkhidmatan feri semakin berkurang pada tahun 1941 sehingga 1945 disebabkan oleh perang dunia kedua, ketika tentera Jepun menjajah Tanah Melayu. Setelah perang dunia kedua berakhir, pentadbiran tentera British telah memulihkan semula perkhidmatan feri ini. Pada April 1946, LPPP telah mengambil alih perkhidmatan feri ini dan 4 buah kapal perisai British turut diubahsuai untuk menyediakan kemudahan bagi penumpang di dalam feri.
         

Jumlah pengangkutan bermotor yang dikendalikan telah meningkat dengan pesatnya pada sekitar tahun 1946 sehingga 1958. Disebabkan perkara ini terjadi, maka satu perancangan telah dibuat untuk memodenkan perkhidmatan feri secara keseluruhan pada tahun 1953. Sebanyak lima buah feri baru yang boleh memuat dan memunggah di bahagian kedua-dua hujung feri telah menggantikan feri yang lama dan uzur pada tahun 1959. Bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah, sebuah feri telah dibeli pada tahun 1965 dan dua buah lagi pada tahun 1971 oleh pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Penambahan feri-feri ini telah menunjukkan peningkatan bagi perkhidmatan feri sekitar tahun itu.
Projek Pengeluasan Feri di bawah Rancangan Malaysia ke-2 telah dilancarkan oleh SPPP pada Jun 1971 setelah mereka mendapati hasil daripada kajian mereka pada tahun 1968 menunjukkan bahawa feri-feri yang sedia ada telah mencapai had maksimum bagi mengendalikan kenderaan. Dengan peruntukan sebanyak 17.5 juta, projek ini telah melibatkan pembinaan terminal feri yang mampu mengendalikan sebanyak dua feri pada masa serentak. Bagi memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi maka terminal baru ini telah dibina bersebelahan dengan terminal yang lama. Tiga buah feri yang direka bentuk khas juga telah ditambah oleh pihak SPPP untuk pangkalan baru ini. Feri-feri ini digunakan hanya untuk mengangkut kenderaan dan dengan adanya feri-feri ini, pihak SPPP berharap agar dapat mengurangkan masalah trafik yang kian meningkat.
Tiga lagi feri baru telah ditambah oleh pihak SPPP pada tahun 1981. Jumlah penggunaan perkhidmatan feri ini semakin meningkat pada tahun 1984 dan jumlah trip perjalanan pada tahun 1987 pula telah mencatatkan trip yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada 31 Julai 1988, telah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan penggunaan perkhidmatan feri kian merosot. Peristiwa Jeti Runtuh ini pastinya telah diketahui oleh semua penduduk di Pulau Pinang dan disebabkan oleh kejadian ini, pangkalan jeti lama tidak lagi digunakan untuk mengangkut penumpang. Memandangkan perkara ini seperti tidak dapat dipulihkan lagi, maka banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Pada tahun 1995, pihak feri telah mencubauntuk memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan.

Kini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri yang menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar bermula jam 5.30 pagi sehingga jam 1.00 pagi. Terdapat lapan buah feri yang beroperasi pada waktu ini dan feri-feri yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan ini berlepas dari terminal setiap lapan minit sekali pada waktu puncak dan bilangannya berkurang menjelang tengah malam. Perjalanan feri hanya mengambil masa 15 hinggan 20 minit untuk menyeberang antara Butterworth dan Georgetown. Harga tiket telah diperkenalkan sejak 1 Mei 2005 dan masih dijalankan sehingga kini.







Jeti Georgetown





Jeti Butterworth

Sumber : wikipedia


0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text