Pages

Ads 468x60px

Thursday 15 November 2012

Jadual 1 - Feri Statistic



Jadual 1








Jadual 1 di atas menunjukkan perbandingan perangkaan feri antara tahun 2010 dan 2011. Jumlah keseluruhan penggunaan feri berkurang hampir 200,000 iaitu antara sebanyak 4,557,088 pada tahun 2010 kepada 4,382,759 pada tahun 2011. Pada tahun 2011, seramai 1,924,138 pengguna pejalan kaki telah menggunakan perkhidmatan feri dan ini menunjukkan pertambahan pengguna pejalan kaki pada tahun ini berbanding pada tahun 2010 yang hanya seramai 1,833,752 pengguna pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri ini. Manakala, penggunaan motorsikal, kereta, dan lori  pula menurun antara 1,601,288 kepada 1,467,193 bagi penggunaan motorsikal, hampir 120,000 penurunan bagi penggunaan kereta, dan sebanyak 13,823 penurunan telah dicatatkan bagi penggunaan lori. Penggunaan basikal pula meningkat antara 14,755 pengguna pada tahun 2010 kepada 17,805 pengguna pada tahun 2011. Ini menunjukkan bahawa orang ramai yang mempunyai kenderaan semakin kurang menggunakan perkhidmatan feri. Mereka mungkin lebih gemar menggunakan jambatan untuk menyeberang. Tetapi perkhidmatan feri ini adalah amat penting bagi pejalan kaki dan mereka yang menaiki basikal.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text