KAWASAN KAJIAN
Terminal feri Raja Uda di George Town ataupun lebih
dikenali sebagai “ Jeti Pulau Pinang” menjadi tapak kajian bagi kumpulan kita.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang mula beroperasi pada tahun 1920 dan ia merupakan
perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Pada tahun 1920-an Jeti Pulau Pinang
diusahakan oleh seorang pengusaha Cina persendirian, Encik Quah Beng Kee dan
saudara-saudaranya dan kini ia dimiliki oleh Penang Port Sdn Bhd di bawah
penguasaan Kementerian Kewangan.
Pemadangan feri dari Terminal Feri Raja Uda
Terminal feri Raja Uda terletak di lokasi yang
strategic dan tidak diragukan lagi ia merupakan satu sistem pengangkutan yang
penting di Pulau Pinang dan sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau
Pinang yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina ,India dan
lain-lain semakin ramai. Oleh sebab peningkatan terhadap penggunaan feri oleh
penumpang – penumpang feri, pihak pentadbiran feri telah melancarkan Projek
Pengeluasan Feri pada tahun 1971 dan ini melibatkan pembinaan pangkalan feri
dua tingkat yang baru untuk memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi.
Pada masa kini, perkhidmatan feri ini beroperasi
dengan lapan buah feri dan pihak berkuasa telah merancang untuk mengurangkan
feri selepas pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada tahun hadapan. Selain
itu, Penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang boleh menikmati perkhidmatan
feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di Pulau
Pinang dan Butterworth di Seberang Perai.
PELAN
KUNCI: PETA PULAU PINANG
PELAN LOKASI: TERMINAL FERI RAJA UDA (KAWASAN KOTAK MERAH)
PELAN TAPAK: TERMINAL FERI RAJA UDA (Kawasan kotak merah)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkhidmatan_Feri_Pulau_Pinang
http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/penang-ferry.html

PELAN TAPAK: TERMINAL FERI RAJA UDA (Kawasan kotak merah)
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkhidmatan_Feri_Pulau_Pinang
http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/penang-ferry.html
0 comments:
Post a Comment