Pages

Ads 468x60px

Saturday 17 November 2012

Kaedah Kajian



Kaedah Kajian

Sebelum memulakan projek SHE 101 Hubungan Etnik, kami telah menggunakan

beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul dan merekod maklumat

secara sistematik dan terperinci. Kaedah-kaedah penyelidikan adalah seperti berikut:

a) Kaedah temu bual

Kami telah menemu bual sebanyak 20 orang penumpang/pengguna jeti untuk

menanyakan pendapat dan mendapatkan maklumat  tentang kepentingan jeti serta

pengaruhnya terhadap penduduk di sekitar Pulau Pinang. Dengan menggunakan

kaedah ini, kami mendapat memperbaiki cara-cara berkomunikasi dan berinteraksi

dengan pelbagai kaum. Justeru, terwujudlah persefahaman antara kepelbagaian etnik

di Negara kita.

b) Kaedah melayari internet

Pada zaman globalisasi ini, internet merupakan satu peralatan yang tidak boleh

Diabaikan. Dengan adanya internet, kita dapat mencari maklumat yang diingini
dengan cepat dan tepat. Contohnya, kami dapat memperolehi laporan tahunan

Syarikat Penang Port dan gambar-gambar mengenai jeti dengan melayari internet.

c) Merujuk bahan bacaan

Kami telah membuat rujukan di pejabat Jeti di Seberang Prai. Selain itu, kami telah

mengambil kesempatan untuk menemu bual pengurus jeti. Beliau merupakan En

Mohd Shahar Bin Rashid dan beliau telah menceburi bidang ini selama 20 tahun..

Kami telah Berjaya mendapat maklumat lanjut tentang jeti dan maklumat yang

dibekalkan oleh beliau amatlah penting bagi menjayakan projek atau kajian tersebut.



0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text