Pages

Ads 468x60px

Thursday 22 November 2012

Rumusan

Rumusan

      Secara keseluruhanya, terminal feri Raja Uda merupakan sebuah bangunan yang ramai dikunjungi oleh penduduk sekitar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dinafikan perkhidmatan feri telah dijadikan sebagai satu sistem pengangkutan yang amat penting bagi penuduk yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Di samping itu, dengan perkhidmatan yang lengkap dan menarik, terminal feri telah Berjaya menarik perhatian daripada pelancong asing untuk menaiki feri.

    Walaupun penggunaan jeti juga mendatangkan kesan negative terutama factor keselamatan tetapi ia dapat diatasi jika pihak berkuasa mengambil langkah untuk menambah baik sistem keselamatan seperti penambahan penampung jika berlaku kemalangan, penggunaan CCTV dan sebagainya.

    Kami amat menghargai kemudahan jaringan yang disediakan oleh pihak berkuasa. Kami juga bersyukur kerana telah mendapat kesempatan untuk mengenali perkhidmatan feri dengan lebih mendalam.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text